Skip to main content
Edwards Lifesciences Logo

Pernyataan Privasi

Privacy Policy Banner Image
Privacy Policy Banner Image
Privacy Policy Banner Image

Pernyataan Privasi Malaysia

(Berkuatkuasa 14 Jun 2023 – Malaysia)

Muat turun PDF

Edwards Lifesciences Corporation, Edwards Lifesciences LLC, dan kumpulan syarikatnya, termasuk Edwards Lifesciences (Malaysia) Sdn Bhd dan Edwards Lifesciences (Asia Pacific) Sdn Bhd (secara kolektif "Edwards Lifesciences" atau "kami") mengiktiraf kepentingan privasi dalam talian dan komited untuk melindungi privasi dan pilihan privasi pelawat dalam talian kami dan orang lain yang namanya, alamat pos atau e-mel, nombor telefon, nombor kad pengenalan kebangsaan, nombor lesen atau sebarang maklumat lain kami menerima yang membolehkan Edwards Lifesciences untuk mengenal pasti atau menghubungi anda ("Makumat Peribadi"). Pernyataan Privasi ini menerangkan dasar dan amalan kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat di "www.edwards.com" atau mana-mana laman web yang dimiliki, dikendalikan atau dikawal oleh kami ("Laman-laman"), dan juga terpakai kepada Maklumat Peribadi yang kami dapat dan proses selain daripada melalui Laman-laman (sebagai contoh, maklumat peribadi tentang pekerja, pelanggan, pengguna akhir, vendor dan pembekal-pembekal perkhidmatan kami semasa menyediakan produk dan perkhidmatan kami).

Sila ambil perhatian bahawa laman web kami mungkin menawarkan pautan-pautan ke laman-laman web lain yang dimilki atau dikawal oleh pihak ketiga. Pernyataan Privasi ini hanya digunakan untuk Lamanlaman Edwards Lifesciences. Kami tidak mengawal atau menyokong kandungan mana-mana laman pihak ketiga dan tidak boleh menerima tanggungjawab untuk amalan privasi mana-mana laman-laman web yang tidak dikawal oleh kami. Kami menggalakkan anda menyemak dasar privasi mana-mana lamanlaman pihak ketiga yang anda lawati.

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk merujuk perkara yang khusus Pernyataan Privasi ini yang anda ingin lawat, atau teruskan kebawah jika anda ingin membaca Pernyataan Privasi ini secara keseluruhan.

Maklumat yang kami kumpulkan di laman-laman kami
Maklumat yang Diberikan kepada kami daripada Laman-Laman Luar
Cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan
Pemprosen Antarabangsa di A.S. dan di Tempat Lain
Pendedahan maklumat kepada pihak ketiga
Pilihan privasi anda
Privasi kanak-kanak
Komitmen kami terhadap keselamatan dan perlindungan data
Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai Maklumat Peribadi anda
Perubahan pada Pernyataan Privasi kami

Maklumat yang kami kumpulkan di Laman-laman kami

Kami telah mereka bentuk Laman-laman kami supaya pelawat boleh menavigasi dan melihat kandungan Laman-laman tanpa memberikan sebarang Maklumat Peribadi kepada kami. Bahagian ini menerangkan maklumat yang pelawat mungkin memilih untuk diberikan, serta amalan kami untuk pengumpulan automatik dan penggunaan Maklumat bukan Peribadi seperti alamat IP dan navigasi pelawat melalui Laman-laman.

Persetujuan untuk Pemprosen di A.S. dan di Tempat Lain

Walaupun kandungan Laman-laman ini ditujukan untuk pelawat di Australia dan New Zealand, sebarang maklumat yang anda berikan atau kami kumpulkan, akan tersedia untuk ahli kumpulan dan vendor Edwards Lifesciences di seluruh dunia. Maklumat kemungkinan besar akan dikongsi dengan syarikatsyarikat Edwards Lifesciences di Amerika Syarikat, di mana ibu pejabat global kami berada. Ini bermakna maklumat anda boleh disampaikan kepada negara selain daripada negara tempat kediaman anda untuk pemprosesan atau penyimpanan, dan ia juga mungkin disampaikan kepada pihak ketiga yang diupah oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan seperti pengehosan laman web, pengurusan pangkalan data atau analisis. Kami telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan Maklumat Peribadi anda kekal dilindungi mengikut piawaian yang diterangkan dalam dasar ini, di mana-mana sahaja ia diproses. Penggunaan anda di Laman-laman ini bermakna anda bersetuju dengan proses pemindahan-pemindahan ini.

Maklumat yang Anda Berikan

Melalui penggunaan Laman-laman ini oleh anda, anda boleh memilih untuk memberi kami Maklumat Peribadi yang mengenal pasti anda atau ahli keluarga anda. Sebagai contoh, seseorang pesakit yang telah menerima salah satu produk Edwards Lifesciences boleh memilih untuk berkongsi pengalamannya dengan kami. Seseorang yang mencari pekerjaan boleh memilih untuk memohon pekerjaan dalam talian atau memohon maklumat tambahan tentang peluang pekerjaan. Seorang profesional jagaan kesihatan mungkin memohon kami menghantar maklumat tentang satu atau lebih produk kami, atau melaporkan maklumat mengenai pesakit tertentu. Organisasi amal mungkin memohon sumbangan.

Di samping itu, beberapa aspek Laman-laman kami mungkin terhad untuk digunakan hanya oleh profesional jagaan kesihatan berlesen, dan akses ke bahagian Laman-laman tersebut mungkin memerlukan Maklumat Peribadi untuk memudahkan pendaftaran dan pengesahan. Seseorang profesional jagaan kesihatan yang mendaftar untuk menghadiri acara tajaan Edwards di mana perjalanan disediakan, mungkin mendaftar dan mengatur perjalanan untuk acara tersebut melalui Laman-laman yang dikawal oleh salah satu pembekal perkhidmatan kami (seperti www.cvent.com).

Dalam keadaan ini, untuk memenuhi permohonan anda, kami mungkin memohon Maklumat Peribadi anda atau maklumat lain untuk mengesahkan kelayakan untuk melihat kandungan terhad tertentu atau membenarkan anda mendaftar untuk acara. Dalam situasi terhad, seperti kejadian buruk dengan salah satu produk kami, kami juga mungkin dikehendaki mendapatkan Maklumat Peribadi termasuk kondisi perubatan anda untuk membolehkan pelaporan yang diperlukan kepada agensi kawal selia kerajaan. Profesional jagaan kesihatan harus memastikan bahawa mereka telah mendapat persetujuan pesakit mereka (jika perlu) sebelum menyerahkan maklumat peribadi atau perubatan tentang pesakit mereka. Walaupun anda mempunyai hak untuk menolak untuk memberikan maklumat, ini bermakna kami mungkin tidak dapat memenuhi permohonan anda.

Maklumat yang Kami Kumpul Secara Automatik

Bagi meningkatkan pengalaman dalam talian, kami secara rutin akan mengumpul Maklumat bukan Peribadi tertentu tentang pelawat kami dan penggunaan Laman-laman kami oleh mereka. Sebagai contoh, kami merekodkan alamat IP setiap komputer yang log masuk ke Laman-laman kami. Alamat IP ini tidak mengenal pasti anda secara peribadi, tetapi ia membenarkan kami mengekalkan komunikasi dengan komputer anda semasa lawatan anda. Ia juga membolehkan kami untuk mengenal pasti negara yang anda melawat dari, supaya kami boleh mengarahkan anda secara automatik ke kandungan yang sesuai untuk negara anda.

Kami juga menggunakan "kuki", iaitu fail teks kecil yang diletakkan pada komputer anda. Kuki membolehkan kami untuk mengenal pasti navigasi Laman-laman anda dan mana-mana halaman atau maklumat tertentu yang anda lawati. Kuki juga membolehkan kami mengenal pasti komputer anda pada masa seterunya anda melawat supaya kami boleh membawa anda kepada maklumat mengenai Halamanhalaman yang mungkin menarik minat anda. Untuk aspek Laman-laman yang memerlukan pendaftaran, kuki membenarkan kami mengingati maklumat log masuk anda. Selain itu kami mengupah pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan untuk kami, dan pihak ketiga ini juga boleh meletakkan kuki pada komputer anda.

Laman Web anda membenarkan anda untuk melumpuhkan "kuki " ini, tetapi anda harus sedar bahawa beberapa aspek Laman-laman mungkin tidak berfungsi dengan cekap tanpa kuki.

Kami juga boleh meletakkan iklan di laman web pihak ketiga. Pihak ketiga ini mungkin menjejaki maklumat penggunaan laman-laman web, serta maklumat mengenai "klik melalui" daripada iklan ke Laman-laman kami. Ini membantu kami untuk memahami keberkesanan pengiklanan kami. Maklumat ini tidak boleh dikenal pasti secara peribadi.

Maklumat yang diberikan kepada kami di luar Laman-laman

Kami menyedari bahawa kami mungkin menerima Maklumat Peribadi melalui cara selain daripada Lamanlaman kami. Kami mengumpul maklumat tentang pelanggan dan bakal pelanggan kami untuk tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kami - seperti maklumat kewangan/pengebilan dan sebarang maklumat lain yang diberikan kepada kami semasa menjalankan perniagaan. Sebagai contoh, ramai pakar perubatan memberitahu kami apabila injap tertentu telah dipasang, supaya kami boleh mengekalkan pangkalan data pesakit yang menerima injap dengan nombor siri tertentu. Pakar perubatan juga memberitahu kami tentang aduan atau kejadian buruk dengan produk kami, dan mungkin secara tidak sengaja memasukkan maklumat tentang kesihatan pesakit. Pemohon kerja boleh mengemukakan permohonan kertas. Kami mengekalkan rekod pembelian oleh pelanggan doktor kami dan kehadiran mereka di acara pendidikan dan lain-lain yang kami anjurkan.

Kami juga mengumpul maklumat daripada pekerja, vendor, pembekal, perunding, penasihat profesional dan pihak ketiga lain kami untuk tujuan mengurus dan mengendalikan perniagaan kami. Sebagai contoh, kami akan mengumpulkan maklumat hubungan perniagaan, maklumat kewangan dan maklumat lain yang diperlukan untuk berhubung dengan pembekal dan rakan kongsi lain perniagaan kami dan untuk menilai prestasi mereka

Maklumat Peribadi diberi perlindungan yang sama oleh kami, sama ada kami menerimanya melalui laman-laman web atau melalui cara lain. Penerangan di bawah digunakan untuk Maklumat Peribadi yang dikumpul atau diterima oleh kami, tidak kira bagaimana maklumat tersebut diterima.

Cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan

Jika anda memilih untuk memberikan Maklumat Peribadi kepada kami, kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk pelbagai tujuan:

  • Untuk menjawab pertanyaan atau permohonan khusus anda, dan untuk memberikan anda maklumat dan akses kepada sumber yang anda mohon daripada kami.
  • Untuk menyediakan, mengendalikan dan menyelenggara Laman-laman;
  • Untuk menambak baik navigasi dan kandungan Laman-laman kami, pentadbiran sistem dan keselamatan;
  • Untuk memproses dan menyelesaikan transaksi, termasuk pendaftaran acara;
  • Untuk mengurus perhubungan pelanggan kami, termasuk menjawab pertanyaan dan komen serta menyediakan perkhidmatan dan sokongan pelanggan;
  • Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami;
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami;
  • Untuk menilai risiko kewangan, kredit atau insurans yang timbul daripada sebarang perhubungan atau perhubungan prospektif dengan pelanggan, pembekal, pengedar atau rakan kongsi perniagaan;
  • Untuk menjalankan tujuan perniagaan lain yang sah, dan tujuan lain yang akan kami maklumkan kepada pekerja, pengguna dan pelanggan kami;
  • Untuk melaksanakan sebarang proses pentadbiran berkaitan dengan pekerja kami.

Kami juga akan memberi peluang kepada anda untuk memberitahu kami sama ada kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menghantar maklumat lain kepada anda tentang produk, aktiviti atau peluang Edwards Lifesciences. Jika pada bila-bila masa anda ingin "berhenti melanggan" daripada komunikasi ini, anda boleh membuat sedemikian dengan menghubungi kami di alamat e-mel yang diberikan dalam Pernyataan Privasi ini. Edwards Lifesciences tidak menjual atau sebaliknya memberikan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran pihak ketiga.

Kami juga mungkin menggeratkan maklumat berkaitan peranti dan analisis yang kami kumpulkan daripada semua pelawat, yang membantu kami meningkatkan Laman-laman kami dengan memantau minat dalam pelbagai kandungan Laman-laman dan memahami cara pelawat kami menavigasi Lamanlaman. Maklumat ini juga boleh membantu kami mendiagnosis sebarang masalah dengan Lamanlaman kami.

Jika anda memilih untuk memberikan Maklumat Peribadi kepada kami, kami mungkin menggabungkan maklumat tersebut dengan Maklumat bukan Peribadi yang dikumpul melalui pengecaman alamat IP dan kuki, untuk membantu kami memahami minat khusus anda dan untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada anda.

Pemprosesan antarabangsa di A.S. dan di tempat lain

Sebarang maklumat-maklumat yang anda sediakan atau kami kumpulkan, mungkin didedahkan kepada ahli kumpulan Edwards Lifesciences dan kepada pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami di seluruh dunia untuk tujuan yang selaras dengan Pernyataan Privasi ini. Ini termasuk pemindahan ke Amerika Syarikat, di mana kebanyakan data elektronik kami disimpan. Jika anda memilih untuk memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami melalui Laman-laman, peruntukan maklumat ini merupakan pengakuan dan persetujuan anda terhadap pemindahan tersebut.

Ini bermakna maklumat anda mungkin dikomunikasi kepada negara selain daripada negara tempat kediaman anda untuk pemprosesan atau penyimpanan, dan ia juga mungkin disampaikan kepada pihak ketiga yang diupah oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan seperti pengehosan laman-laman web, pengurusan data, perkhidmatan analisis, perjalanan dan pendaftaran acara. Sesetengah negara ini mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang setara dengan undang-undang negara tempat kediaman anda, tetapi kami telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan Maklumat Peribadi anda kekal dilindungi mengikut piawaian yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini, di manamana sahaja ia diproses.

Pendedahan maklumat kepada pihak ketiga

Edwards Lifesciences menggunakan pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan untuk kami, termasuk perkhidmatan pemprosesan data, dan pihak ketiga tersebut telah bersetuju untuk mengekalkan privasi dan keselamatan mana-mana Maklumat Peribadi yang mereka terima daripada kami.

Dalam sesetengah situasi, kami mungkin dikehendaki oleh undang-undang, sepina atau perintah mahkamah untuk mendedahkan maklumat. Sebagai contoh, jika anda menggunakan sesuatu Laman untuk melaporkan pengalaman produk yang buruk, kami mungkin dikehendaki melaporkan maklumat tersebut kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. (FDA) atau kepada agensi kawal selia yang serupa di negara lain. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat di mana kami percaya diperlukan untuk melindungi kepentingan mana-mana orang, atau melaksanakan, menubuhkan atau mempertahankan hak undang-undang kami.

Jika pihak ketiga membeli mana-mana ahli kumpulan kami atau aset mereka, maka kami mungkin mendedahkan maklumat kepada pihak ketiga berkenaan dengan penjualan tersebut. Kami akan menjelaskan kepada pembeli pihak ketiga bahawa ia hanya boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diterima daripada kami untuk tujuan asalnya ia diperoleh.

Akhir sekali, kami mungkin meminta persetujuan anda untuk berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan beberapa pihak ketiga. Dalam keadaan tersebut, kami hanya akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan persetujuan anda.

Sila ambil perhatian bahawa dalam situasi tertentu, kami mungkin dikehendaki mendedahkan Maklumat Peribadi anda sebagai tindak balas kepada permintaan yang sah oleh pihak berkuasa awam, termasuk untuk memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang.

Pilihan privasi anda

Dalam penggunaan Laman-laman oleh anda, anda akan diberikan peluang untuk membuat pilihan mengenai Maklumat Peribadi yang kami terima dan cara kami menggunakannya. Jika anda memilih untuk tidak memberikan kami Maklumat Peribadi tertentu, kami mungkin tidak dapat memproses Maklumat Peribadi anda untuk tujuan yang dimaksudkan.

Menerima maklumat tentang Edwards. Jika anda memberikan Maklumat Peribadi kepada kami, anda mungkin diminta untuk mengesahkan sama ada anda ingin menerima komunikasi masa hadapan, termasuk komunikasi e-mel. Jika anda mengesahkan, kami mungkin dari semasa ke semasa menghantar maklumat tentang produk atau perkhidmatan kepada anda. Walaupun anda mengesahkan bahawa Edwards untuk menghantar maklumat tambahan kepada anda, anda boleh mengubah fikiran anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di alamat e-mel yang diberikan dalam Pernyataan Privasi ini atau dengan mengikuti arahan dalam mana-mana komunikasi e-mel yang kami hantar kepada anda.

Kuki. Sila rujuk tetapan penyemak imbas anda untuk mendapatkan maklumat tentang cara menerima atau menolak kuki dan teknologi penjejakan yang serupa.

Mengakses, Membetulkan atau Menukar Maklumat Peribadi Anda. Jika anda ingin mengakses, mengemas kini atau membetulkan, meminda atau memadam Maklumat Peribadi yang anda telah berikan kepada kami sebelum ini, sila hubungi kami di alamat e-mel yang diberikan dalam Pernyataan Privasi ini. Kami akan mempertimbangkan permintaan anda mengikut mana-mana undang-undang yang terpakai.

Isyarat Jangan Kesan/Penjejakan Dalam Talian. Sesetengah penyemak imbas Web mungkin ditetapkan untuk menghantar isyarat "Jangan Kesan" (Do Not Track (DNT)) ke laman web yang anda lawati. Isyarat ini mengarahkan laman-laman web untuk tidak mengumpul maklumat tentang aktiviti anda merentasi laman-laman web yang berbeza. Pada masa ini kami tidak bertindak balas kepada isyarat DNT.

Walaubagaimanapun, Edwards Lifesciences tidak menjejaki aktiviti anda pada mana-mana laman-laman web atau aplikasi pihak ketiga (kecuali untuk memantau interaksi anda dengan mana-mana iklan kami di laman-laman pihak ketiga), dan kami tidak memilih kandungan berdasarkan aktiviti-aktiviti anda di lamanlaman web atau aplikasi-aplikasi pihak ketiga. Jika anda melawati lebih daripada satu Laman Edwards, kami menjejaki aktiviti anda pada semua laman-laman web yang dikendalikan oleh Edwards, supaya kami boleh meningkatkan pengalaman keseluruhan anda dengan Edwards.

Memadam Maklumat Peribadi anda. Anda boleh memohon Edwards Lifesciences memadamkan Maklumat Peribadi anda dengan menghubungi kami di alamat e-mel yang diberikan dalam Pernyataan Privasi ini.

Privasi kanak-kanak

Edwards Lifesciences tidak berhasrat untuk mengumpul Maklumat Peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, tanpa kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak tersebut. Kami tidak berkongsi Maklumat Peribadi sesiapa di bawah umur 13 tahun dengan sesiapa di luar Edwards (kecuali jika diperlukan oleh undang-undang, dan kepada ejen kami yang telah komited untuk mengekalkan privasi data).

Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak seharusnya menyerahkan sebarang Maklumat Peribadi kepada kami tanpa kebenaran nyata ibu bapa atau penjaga yang sah mereka. Jika anda percaya bahawa anda telah menyerahkan Maklumat Peribadi dan anda ingin memohon maklumat mereka dipadam daripada sistem kami, sila hubungi kami di alamat e-mel yang diberikan dalam Pernyataan Privasi ini. Kami akan mengambil usaha yang munasabah untuk mematuhi permohonan anda.

Komitmen kami terhadap keselamatan dan perlindungan data

Edwards Lifesciences memahami bahawa keselamatan Maklumat Peribadi anda adalah yang paling penting, dan kami berusaha untuk mengekalkan kepercayaan anda. Kami menggunakan langkah-langkah teknologi dan organisasi standard industri untuk melindungi keselamatan maklumat yang kami kumpulkan dan yang anda berikan kepada kami.

Walaupun terdapat usaha yang munasabah untuk melindungi Maklumat Peribadi daripada kehilangan, kecurian, pengubahsuaian, atau jenis penyalahgunaan yang lain, kami tidak dapat menjamin bahawa kehilangan tersebut tidak akan berlaku. Akan sentiasa terdapat risiko bahawa pihak ketiga, tanpa kebenaran kami, mungkin secara tidak sah mengakses sistem kami atau mengakses Maklumat Peribadi.

Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai Maklumat Peribada anda

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Pernyataan Privasi ini atau mengenai Maklumat Peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui alamat di bawah:

Orang yang boleh dihubungi di Malaysia

Thinakaran Raveendran, Pengurus Kanan Sumber Manusia
Edwards Lifesciences
B03-A-15-01, Menara 3A
No.3 Jalan Bangsar, KL Eco City
59200 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Malaysia
Email: Thinakaran_Raveendran@edwards.com

Orang yang boleh dihubungi secara Global

Privacy Office
Edwards Lifesciences LLC
One Edwards Way
Irvine, California 92614
E-mel: privacy@edwards.com

Jika anda ingin menerima balasan melalui e-mel, sila pastikan anda memasukkan nama, alamat pos dan alamat e-mel anda. Jika kami tidak menerima alamat e-mel, kami akan membalas melalui pos.

Perubahan kepada Pernyataan Privasi kami

Dari semasa ke semasa, kami mungkin menyemak semula Pernyataan Privasi kami. Apabila kami membuat sedemikian, kami akan menyiarkan dasar yang dikemaskini dan menukar tarikh "dikemaskini pada" di bawah. Anda digalakkan untuk menyemak semula halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembangan terkini dengan amalan kami.

Hasrat kami adalah untuk menggunakan Maklumat Peribadi mengikut Pernyataan Privasi yang ada pada masa maklumat tersebut dikumpulkan. Jika kami berhasrat untuk mengubah secara material cara kami menggunakan atau berkongsi Maklumat Peribadi, kami akan memaklumkan anda terlebih dahulu dan anda akan diberi peluang untuk memilih sama ada untuk membenarkan kami menggunakan maklumat anda dengan cara baharu atau berbeza.

Versi Bahasa Inggeris Pernyataan Privasi kami

Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Penyataan Privasi kami, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.